Aura Telecommunication adalah sebuah syarikat bumiputra dan merupakan syarikat yang baru menapak di Negeri Pulau Pinang. Syarikat ini merupakan pengedar produk daripada syarikat telekomunikasi terkenal Celcom Axiata.
Pada awalnya Aura Telecommunication mula bertapak di Seri Kembangan Selangor tetapi kini telah mula mengorak langkah dengan berkembang ke Pulau Pinang untuk memperluaskan lagi cawangan niaga. Sasaran utama Aura Telecommunication ialah anak-anak muda yang kini semakin ramai menggunakan kemudahan telekomunikasi sebagai satu alat perhubungan.
Tidak dinafikan lagi komunikasi adalah sangat penting dalam kehidupan masyarakat di negara ini, dengan adanya kami di sini diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak masyarakat di negara ini dari segi perhubungan sesama mereka.
Maju Aura Maju!!!
No comments:
Post a Comment